BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 16 June 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PANTAI
KAMPUNG KERINCHI 59200
KUALA LUMPUR



LENCANA SEKOLAH, KETERANGAN 
DAN TAFSIRAN

Moto  : “ Usaha untuk kejayaanadalah kata-kata yang menjadi pegangan hidup setiap pelajar di SMKSP.  Moto ini mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha untuk kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum
Buku  : Semangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang melalui ilmu dan ketekunan
Roda  : Kemajuan sains dan teknologi yang menuju kearah kecemerlangan
3 Bulatan Bercantum  : Perpaduan bangsa yang terdapat di Malaysia
Bunga Raya  : Hasrat untuk mendukung cita-cita murni Negara
Warna Merah  : Kegigihan, keberanian dan keharmonian di SMKSP
Warna Kuning  : Hasrat untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan di SMKSP
Warna Putih  : Kesucian dan keikhlasan warga Sri Pantai



SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinci.  Pada tahun 1973, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sri Pantai.  Nama ini telah diberikan oleh En. Mokhtar b. Zakaria ( Guru Besar ) dengan persetujuan guru-guru pada masa itu.  Ianya merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.  Guru Besar yang pertama ialah En. Michael Peter.

Nama Sri Pantai diambil sempena lokasi sekolah ini yang terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai, Pantai Dalam dan Pantai Baru.  Kedudukan sekolah ini ialah berhampiran Lebuhraya Persekutuan iaitu lencongan ke atas menuju ke Kampung Kerinci.  Sejak penubuhannya lagi ia telah pun dikelilingi oleh petempatan setinggan.  Keadaan ini masih berterusan, walau bagaimana pun jumlahnya semakin berkurangan.  Ini disebabkan oleh bertambahnya rumah-rumah pangsa yang didirikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).


Pada awalnya sekolah ini hanya sebuah sekolah kecil yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum di sekitar Kampung Kerinci.  Pada masa itu kemudahan amat terhad, termasuk ketiadaan bilik guru.  Jalan masuk ke sekolah juga belum dibina.  Justeru itu guru-guru terpaksa memanjat bukit untuk sampai ke sekolah.  Kereta-kereta mereka pula hanya boleh di letakkan di tepi lebuhraya.


Selepas empat tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalahnya berjudulSuria’.  Pada tahun 1972, dengan pertambahan pelajarnya, ia telah memulakan sesi petang.  Golongan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972.


Lencana sekolah digunakan pada tahun 1967, tetapi diubah rekabentuknya pada tahun 1980 kerana adanya lambang kepala lembu yang dianggap kurang sesuai.


Judul lagu sekolah ialah ‘Usaha Untuk Kejayaan’.  Lagu ini merupakan ilham daripada En. Mohd. Adnan b. Ismail dan lirik oleh En. Ibrahim Hj. Ahmad ( Penolong Kanan HEM ) dan gubahan piano disusun oleh Pn. Tang Tin Seng ( guru sekolah ini ).  Lagu ini mula dinyanyikan oleh para pelajar pada tahun 1989.  Pada tahun 2002, lagu ini telah digubah semula rentak dan liriknya oleh En. Johan b. Abdul Majid ( guru sekolah ini ).


Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan 16 buah bilik darjah.  Pada tahun 1982, terdapat pertambahan dua blok bangunan yang menempatkan perpustakaan, makmal sains dan bengkel.  Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik serbaguna ditempatkan di blok B.  Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai mempunyai enam blok dan kesemua bilik ini digunakan untuk tujuan pembelajaran atau pun sebagai bilik-bilik khas.


Kelas Tingkatan Enam telah dimulakan pada tahun 1989 dan pada 9 Mac 1982, sekolah ini telah menjalankan waktu persekolahan pada sesi pagi sahaja.  Pada bulan Jun 1997 hingga Dis 1997, sekolah ini telah dijadikan sekolah percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45 petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Walau bagaimanapun ia telah kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja, bermula dari pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.55 petang.

Selain daripada kelas-kelas terdapat juga bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik SAL, Bilik AVA, Bilik Peperiksaan, Bilik Sejarah, Bilik MARA, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Gerakan, Bilik Rekod, Bilik Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, BOSS dan lain-lain lagi.










MISI, FALSAFAH, MATLAMAT & PIAGAM SEKOLAH


MISI


  1. Meningkatkan pencapaian akademik mengikut potensi individu dalam peperiksaan (PMR, SPM dan STPM) pada setiap tahun dengan menyediakan kemudahan P&P yang berkesan
  2. Membentuk kekuatan jati diri warga sekolah yangcemerlang untuk menghadapi cabaran giobalisasi
  3. Meningkatkan pencapaian kokurikulum yang terbilang dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum
  4. Meningkatkan sistem pengurusan sekolah dengan mengamalkanpermuafakatan & kepimpinan instruksional
  5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif (keceriaankebersihan,keselamatanfizikal sekolah) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara



FALSAFAH


Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara positif.  Dengan itu peluang yang luas mestilah disediakan agar setiap pelajar dapat meneroka dan memperkembangkan diri mereka menjadipelajar yang berketerampilanberdisiplinberakhlak mulia sertabertanggungjawab dalam mencapai hasrat perjuangan agamabangsadan negara




MATLAMAT


Melahirkan individu pelajar yang DINAMIK iaitu:


- Disiplin diri yang tinggi
I  - Intelek dalam segala tindak tanduk
- Nekad, berani dan tabah menghadapi cabaran
A - Aktif dalam pelbagai bidang
M - Menghormati guru, ibu bapa dan kepimpinan yang adil
I   - Insan yang beriman dan bertakwa
K  - Kerjasama memburu kejayaan



PIAGAM 



Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai dengan penuhtekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :

  1. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dankokurikulum
  2. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif
  3. Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilanberdaya saing serta beriman dan beramal soleh
  4. Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap serta bekerjasamakearah kecemerlangan pendidikan
  5. Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat penyayang,harmonis dan patriotik






0 comments: